CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 3 May 2013

DI ITQAN KAH AKU?

Assalaamualaikum...dah lamo bonar tak update beloG ni. Eh, terkeluar accent nogori sombilan plak. Kek n9 ko den skarang ni?... AlhamduliLLah, family aku sudah pun berpindah ke Tampin, N9 secara official nya pada Januari 2013 yang lalu. Selamat tinggal Cheras! Lastu al-cherasiyy al-an, lakinnani akunu al-tampiniyy.. it sounds weirD.

Sebenarnya tak tau nak tulis apa. Mungkin nak kongsi sikit, kehidupan aku sebagai pelajar praktikal. Aku dah habis blajar di USIM (yekerr), dan skarang sedang menjalani praktikum di ITQAN. Apakah itu?? It stands for Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan at Gemencheh! Institut tu! Pada haqiqatnya, sudah lama aku mengenali ITQAN, sejak aku Tingkatan Empat lagi, ketika kakak sepupuku K. UmmuHani belajar di institut ini. Tetapi, tiada cerita menarik yang boleh aku kongsikan tentang institut ini. Namun, setelah hampir 3 bulan aku "berpraktikal" kat sini, banyak yang aku belajar. Terlampau banyak. Bukan main. Aku datang ke sini sebagai tenaga pengajar dan pada masa yang sama menjadi seorang pelajar.

ITQAN yg dilindungi kabush

subhanaLLah

jalan menuju ITQANAN, from inside of WMS..heh

Secara jujurnya, aku gembira bekerja disini kerana tidak dibuli. Alhamdulillah, aku diberi tugas untuk mengajar subjek Pendidikan Syariah Islamiyah (fuhh) untuk Tahfiz 4. Pelajarku ada 30 orang jerr. Aku tak tau apa pandangan mereka terhadap aku. Aku mengaku kadang2 aku meninggikan suara terhadap mereka atas perkara2 kecil. Tapi bagiku, dengan perkara2 kecil itulah akan mempengaruhi perkara2 yang besar. So, kepada pelajar2 saya, Ustazah mintak maaF naa.

Selain mengajar, aku diberi tugas menjaga perpustakaan. Aku pun tak tau, aku jaga perpustakaan Darul Qurra' ni ke atau aku jadikannya bilik persendirian aku!..huwa2...sory kak ika.. Buat masa ni maktabah ditutup untuk pelajar, sebab tengah kemas2, susun2, update2. Jadi, minta maaf kepada pelajar2 ITQAN yang rajin membaca, sebab tak dapat masuk maktabah. Mungkin lepas ustazah pergi, baru bukak kot...hehe.

maktabah

ngeh2.. musketeer 004
And my favourite part, of course pasal haQiebah aggain. Masa awal2 masuk dulu, i feel a lil' bit reluctant to tell my colleagues that I have a business of making bags. Sebabnya, dulu takda masa, sibuk siapkan tempahan2 yang tertangguh. Alhamdulillah, bila dah lama sikit duk kat ITQAN ni, aku cerita kepada cikgu2 n staff2 perempuan (of course) yang aku kadang2 balik rumah awal sebab nak menjahit. and Alhamdulillah, bisnezku mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan cikgu2 yg sporting disini. Ini gambar2 haQiebah di ITQAN siri pertama:

=)

(=

^_^

^_~

cikgu liza's

cikgu liza's

cikgu liza's aggain

ustazah atikah's, utk Qisty =)

utk Putri

cikgu mona's, utk Solehah

ada gaJah oRen yg cOmeL
 (inspired by souvenier from thailand =D)

cikgu mona's

ustazah tini's, utk nafeesah n muhammad =)
Terima kaseh atas model2 beg yang tidak berbayar, dan terima kasih atas  tajaan lokasi a.k.a rumah cikgu RoziAna =). Dan skarang aku sedang berusaha menyiapkan tempahan di ITQAN siri yang kedua =) moga dapat bertahan!

Last but not least, gambar dibawah ni, adalah meja aku di bilik guru perempuan. Bajet kann. Time kerja pun nak menjahit jugak. haha. Ok, it is part of my task, dan task tersebut ialah menjahit tepi bendera rumah sukan untuk dicucukkan kayu bendera sempena Karnival Sukan ITQAN 2o13.. huwaaa.. ini pun aku yang kena buat..(aku sebenarnya jadi s/u..haha)... apa2 pun, aku sangat ENJOY..hik2...terima kasih kepada cikgu habibah atas tajaan mesin jahit...ok jumpa lagi! ingat Allah sentiasa =)


p/s: semoga dapat buat yang terbaik! SV aku a.k.a Sir Najib nak datang khamis depan..Rabbie yassir wala tu3assir.

0 comments:

Post a Comment