CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 15 September 2012

AKU BUKAN KAKI NOVEL


Assalaamualaikum semua.. Alhamdulillah sem 7 sudah bermula, bermakna aku telah pun berada di Tahun 4 di USIM, the super senior for FiFa student. Alhamdulillah, i've done with most of the orders from fellow friends. Ada beberapa tempahan yang tidak dapat saya siapkan. Insya'Allah saya siapkan secepat yang mungkin.

Berbalik kepada tajuk entriku pada hari ini, yup no doubt....aku bukan seorang kaki novel. Sangat bukan. Sepanjang kehidupanku, aku cuma pernah baca 3 novel, selain novel2 yang perlu dipelajari ketika sekolah dulu. Namun, ketiga2 novel tersebut adalah novel yang sangat ringan, dan sangat tipikal. Aku tidak pernah merasa pengen dan pengen untuk membaca novel2 yang lain, walaupun pada haqiqatnya, sahabat2ku ramai yang kaki novel.

Namun, aku baru sahaja merasakan aura membaca novel setelah membaca novel karya Andrea Hirata yang berjudul Sang Pemimpi. Trima kasih kepada kakakku kerana meminjamkan adindamu ini novel tersebut. Membaca novel ini, membuatkan diriku terasa seperti di Pulau Belitong. Merasai kepayahan Ikal, Arai dan Jimbron dalam mencari wang untuk mengejar mimpi masing2.


The Dreamer


Menghayati gaya hidup orang pedalaman yang kurang kemajuan, tapi itu bukan halangan, kerna sesungguhnya, kemajuan teknologi itu bukanlah penentu kebahagiaan. Mendalami bagaimana rasanya membanggakan ibu dan ayah dengan keputusan pelajaran yang membanggakan, juga membuatkan mereka sedih, hanya kerana kita pesimis terhadap diri sendiri. Juga aku dapat merasai bagaimana sedihnya Arai apabila pengen memberitahu ibu dan ayahnya yang telah tiada, bahawa dia telah diterima masuk ke Universiti Sorbonne. Sungguh aku beruntung masih punya ibu dan ayah.

Usai membaca Sang Pemimpi, aku terus menyambar sebuah lagi novel Andrea Hirata tanpa pengetahuan kakakku...sori ti..hehe...Novel tersebut adalah dwilogi yang mempunyai dua novel sekaligus; Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas. Namun novel ini tidaklah sehebat Sang Pemimpi, bagiku. Namun, ia mengajar aku erti redha dan syukur yang tak dapat dipraktikkan oleh Ikal. Sudah2 lah tu Ikal.. Tapi, aku belum mula membaca Cinta di Dalam Gelas, justeru aku tidak tahu penghabisan cerita ini. (aku tidak reti baca novel secara berterusan sehingga penamat cerita) =)

dwilogi: orang mesti ingat aku baca novel terbalik =)

Apa-apa pun, aku tetap tidak gemar membaca novel jika aku merasakan novel itu tidak mempunyai x-factor. Daripada membaca novel, lebih baik baca buku2 ilmiah dan keagamaan (ni pun aku susah nak baca T_T).

p/s: pengen baca Lasykar Pelangi... the rainbow troops....kak siti??? hehe