CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 30 January 2012

Terima kaseh mak cik Elizabeth

Salaam 3alaik…untuk entry kali ini aku nak crita pasal fiQh. Apa kaitan fiQh dan mak cik Elizabeth? Siapa mak cik Elizabeth tu? Elizabeth Taylor kah or Elizabeth Swann kah?

Actually, lepas aku buat Transformer Bag, aku try2 buat beg2 lain. Dan beg pertama yg aku buat untuk planggan aku ialah beg yg sgt hijau yg dijahit untuk sahabatku, Liza. Thnx Liza sbb suka beg tu walaupun coraknya sama dgn apron mak cik kat pkp. Sory ‘bout that..huhu

Liza's

Transformer Bag

Then, aku trus mencari2 tutorial2 untuk buat beg kat internet n guess what?? Aku jumpe blog mak cik Elizabeth (dia muda lg). so, aku sangat teruja sbb dia bg tutorial yg sgt detail, n memang aku tiru sbijik apa yg dia suruh. Untuk first trial, kira ok la yg aku jahit tu and aku bawak ke kampus. Dalam masa 1 hari, ada 12 orang tempah beg tersebut dari aku. Alhamdulillah.

Aku gembira sangat n x sabar nak start menyiapkan tempahan2 tersebut. So, start je cuti, memang aku x buang masa, trus gunting kain, gosok and jahit. Ia da jadi rutin harian spy aku sempat siapkan b4 semester sterusnya. But, the thing is, aku baru terprasan satu benda kat tutorial yg disediakan oleh mak cik Elizabeth tu. Apakah ia?? Mak cik Elizabeth ni tulis yg pattern yg dia provide ni hanya utk tujuan home-sewing dan bkn utk dijual dan mempunyai copyright. Boleh tgk website dia disini.

So, apa status duit yang aku dapat drpd penjualan beg2 tersebut?? Smangat aku tnye semua orang and I got some different perspectives from different people.

First, kt tgk dari segi muamalat. Aku tnya madam aku tym blajar introduction to mu3amalat ktika di tahun 1 dulu, Pn. Zarinah. Beliau sangat suka bila dapat tau aku boleh menjahit beg, dan beliau suruh jahitkan 1 untuk anak beliau…ok, e2 crita lain. Bila aku tnya pasal copyright and all that stuff, beliau ckp “xpe, awak buat je… Semua org boleh cakap yg sesuatu karya  tu dia yg punya, xda papelah”….bila madam cakap mcm tu, aku pun terus bersemangat kmbali. Tp, terlupa plak nak tnya Ustaz Zaki pasal benda ni, bila jumpe dia, mesti x ingat nak  tanya. Xpela, next sem aku tnya.

Ok, then kt tgk dari sudut undang2 yg dilaksanakan di Malaysia. Klu dalam bab copyright ni, dia termasuk dalam Intellectual Property. Bdk FiFa yg amik civil law msti tahu kan. Thanx pd kak Fariza sbb terangkan kat aku pasal bnda ni. According to Copyright Act 1987 memang aku dah ambil hak org lain dan mendapat keuntungan daripada hak org lain tersebut. Dan orang tersebut boleh saman aku klu dia dapat tahu. Cuak x?? biase je..huhu…

but the thing is, dalam akta tersebut, dia hanya mengatakan copyright yg didaftarkan di Malaysia, baru bnda 2 apply. Masalahnya skrang, Mak cik Elizabeth ni bkn org Malaysia, bkn duduk kat Malaysia and dia x blajar Intellectual Property bersama kak Fariza pun.  So, aku mcm terlepas la dari apa2 ksalahan undang2 di Malaysia. Tp, aku rasa, klu makcik Elizabeth dapat tahu, msti dia guna undang2 negara dia or international law utk dakwa aku. X kot… mak cik Elizabeth kan baik..haha..tetibe..

The most important part of this matter, mstilah pasal hukum dari segi Islam mcm mana. bagaimanakah pandangan Islam ttg copyright? Adakah dibolehkan utk aku mengambil keuntungan dari beg2 tersebut. So, aku ambil inisiatif,  tnya ustaz Rozaimie yg ajar aku Arabic Language Support Programme. Aku rasa ustaz ni tlah mnjadi inspirasi aku dalam mncari ilmu. Sbb ilmu bliau sgt luas wlupun dia muda lg.

Aku:   ustaz, sy ada blajar cara menjahit beg dr sebuah blog (makcik Elizabeth la kan).    Pd mulanya, sy hanya menjahit utk diri sy, tp kwn2 sy suka dan meminta sy utk buatkan utk mrk. Masalahnya, pmilik bog tersebut, x membenarkan sapa2 menjual design yg tlah dia create. So, apa hokum sy mengambil keuntungan drpd produk tersebut?

Ustaz: Islam amat menitik beratkan ttg hak org lain, termasuk copyright. Ia perlu dipelihara dan x boleh diitiru sesuka hati. Akan tetapi, untuk meneruskan hajat enti untuk jahitkan utk kawan2, enti boleh or perlu menukar sdikit pattern pmilik asal, seolah2 enti membuat pattern sendiri, x boleh tiru sebijik2.

Aku: sy tlh menukar kepanjangan handle beg tersebut i.e sy  pendekkan sikit tali nye, dan sy kcikkan kelebaran beg tersebut. Adakah itu dikira menukar pattern tersebut?

Ustaz: asalkan dapat dilihat perbezaan antara yg asal dan yg diubah, ia dianggap menukar pattern asal walaupun sdikit saja perbezaannya.

Legalah sikit hati aku ni...lgpun aku hanya berniat utk menolong sahabat2 aku yg nak beg yg mcm 2. aku rasa mak cik Elizabeth pun paham… syukran jazilan mak cik Elizabeth Green-Hartman!!!


antara beg Elizabeth yg aku da jahit

=)
p/s: moga mak cik Elizabeth mendapat hidayah dan masuk Islam =)

Tuesday 24 January 2012

latest fabrics

salaam...di bawah ni fabrik2 terkini yg ada dalam koleksi ummuhaqiebah... lpas da pilih nak design yg mana, boleh pilih fabrik plak...=)


C1

C2

C3

C4

C5

C6

C7

C8


C9



p/s: sory sbb gmbrnya x bpe lawa...x pro kan...bkn mcm nik nur sakinah..hehe

Saturday 21 January 2012

da designs

salaam..ummuhaqiebah menawarkan perkhidmatan menjahit beg a.k.a handmade bags yg comel dan cool... buat masa skrang hnya ada 5 designs yg ditawarkan..pls enjoy it...=)


H1 (RM32)
   

H2 (RM25)

H3 (RM24)

H4 (RM24)

H5 (RM28)


harga untuk stiap beg tertakluk kpd material fabrik yg digunakan..hrga yg tertera adalah bg fabrik kaen cotton yg kami tawarkan...manakala, jika berminat menggunakan jeans or denim, tmbah RM5 bg stiap design..utk pengetahuan, fabrik jeans lebih mahal....


harga beg2 ni juga bergantung kpd aksesori yg ingin diletakkan... 



poket ( RM2 / 1 poket )

jahitan nama ( 1 huruf 50 sen jer )



  
klu berminat, pls emel sy...ummuhaqiebah@gmail.com 
syukran 3ala kullie haal

p/s: untungla nama haizum ada kat situ =)

Wednesday 18 January 2012

ahlan wasahlan

assalaamualaikum n selamat datang ke belog ummu haQiebah yg baru sja lahir....
setelah dipaksa beberapa ribu kali oleh sahabat2 utk membuat blog n fb, maka terlahir jugak blog ni akhirnya...untuk pengetahuan semua, antara maqosid (baru lpas hbis exam maqasid syariah) blog ini dibuat adalah tidak lain tidak bukan utk sy berkongsi khidmat sy kpd para pelanggan yg setia....
bermula drpd form 3, sy belajar menjahit kerana 'terpaksa' sbb ada dalam subjek khb, sehinggalah sy terbukak hati utk menolong ibu menyiapkan baju raya sendiri....sejak dari e2, sy sedar yg sy suka menjahit...lagipun Nabi Muhammad S.A.W dulu pun menjahit...so menjahit itu sunnah !!!....


dan trima kaseh ya Allah kerna menemukan aku dgn sesuatu yg x pernah kusangka i.e jahit beg la kan...trima kaseh kat mdm rosliana yg comel....disbbkn subjek B.I yg dia ajar tym tahun 1 dulu, sy n kwn2- ummu,hajar,sazilah n x lupe juge, abdul aziz yg da tukar course, kami wat 'Transformer Bag' utk eureka....n disebabkan e2 Allah tunjukkan jalan kpdku...terima kaseh ya Allah...

ok...smpai sini je...sbenanya nak try post je...tetibe terpanjang pulak...ok...see u soon

p/s: trima kaseh kat kakaq aku..kak sitifatimahahmad yg tolong aku wat belog ni...n layan aku smpai ngantok..hehe