CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 1 November 2012

Di Jogjakah Aku?

-Alhamdulillah-diberi peluang untuk terus hidup. -Alhamdulillah-diberi nikmat islam dan iman. -Alhamdulillah thumma alhamdulillah wa thumma alhamdulillah.

post kali ini ditujukan khas kepada adik2 ku di Panti Asuhan Ibadah Bunda, Yogyakarta. Riswan Dwinewgroho- Arif Samsol- Retno Widiastuti-dan juga adik Muhaya Almira Farida dari Universitas Gadjah Mada. Juga kepada mereka2 yang berpeluang membacanya. (kalau ada yang tak faham, sila rujuk footnote..hehe)

Alhamdulillah kak Ummu (ececece), telah sampai dibumi kamu semua. Terasa diri amat bersyukur dapat menjejakkan kaki ke bumi Jogja. Dapat melihat perbezaan budaya, perbezaan nilai dan perbezaan bahasa walaupun sekelumit saja. 

"di Malaysia seronok itu maknanya gembira, kalau di Indonesia sebutnya senang, tapi klu disini, senang itu pula bermaksud mudah atau gampang"
(teringat muka korang yang blurr masa akak sebut "senang sebut nama kamu arif samsol"hee) 
"di Malaysia klu ditanya "sudah siap?" maksudnya "sudah selesai?", tapi kalau di Indonesia maksudnya "sudah bersedia?"...ahh, akak sukakan perbezaan yang berpusing-pusing ini. Terlampau suka.

Banyak yang akak pelajari dari tempat korang, antaranya tahap kesabaran yang infiniti, sifat peramah yang melimpah ruah, nilai rendah diri yang tiada tara. Nilai-nilai tersebut yang makin hilang dihimpit kemajuan di Malaysia, makin pupus dimamah arus pemodenan. Namun, akak sedar, sebagai seorang Muslim, akhlaQ2 kareemah seperti itu, tidak harus kita lupakan wahai adikku sekalian walau dimana pun kita berada. 

Seterusnya, jagalah akhlaqmu, jagalah pergaulanmu sehari-harian. Jangan pernah menyakiti hati orang lain. Jangan pernah merendahkan mereka. Sesungguhnya bertolak-ansur itu sangat menguntungkan.
Jagalah pakaianmu, jaga auratmu....

"ليس الجمال بأثواب تزيننا ، إن الجمال جمال العلم والأدب"
"bknlah kecantikan itu dinilai melalui jenis pakaian yg kita pakai,tp kecantikan itu dinilai ...melalui ilmu dan adab"
Walau dimana pun korang berada, ingatlah, ILMU itu perlu dicari, perlu dihayati, perlu dilaksanakan.Hidupmu masih panjang lagi, jangan biar waktu itu pergi dengan sia-sia.



ta'aruf

sedang mencari perkataan bahasa Melayu yang tak jumpa2

sambil2 belajar bahasa sunda =)


dik maya yang gigih mengagihkan sejadah...
ijad, hang buat pa kat sebelah tu??


"Mintalah pertolongan dengan kesabaran dan solat kepada-Nya"


the committee

penghuni panti asuhan ibadah bunda =)


(^_^)
                                   
Footnote:
thumma (bahasa arab)= kemudian      
ececece= ekspresi yang tidak perlu diletakkan sebenarnya
sekelumit (rasanya kamu lebih mengetahui)= terlampau sedikit      
korang= kamu semua        
akak=word to adress myself instead of kak ummu or kakak =)    
kareemah= mulia
jagalah= jaga+lah, "lah" menunjukkan kata suruhan, same goes to ingatlah
sia-sia= percuma     
hang=kamu (dialek utara Malaysia)    
ijad= sejenis makhluk disebelah mbak muhaya...ha!ha!ha!

---maaf...mcm terlebih je penerangan ni..hehe---

p/s: entry ini juga ditujukan kepada adik kandung akak yg for sure tak baca punye bloG akak dia neh!

                                                                                                                                               
hobi dari kecik~
                                 

Friday, 12 October 2012

SUKA BERHIJRAH

Assalaamualaikum semua..lama dah x hupdate bloG ni. Yela budak final year, kemain sibuknya. Bukan main. Hari ni just nak kongsi gambar2 di rumah baru ummuhaqiebah i.e di Gombak. Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah tinggal di sana hampir tiga bulan. Tapi, hujung tahun ni, insya'Allah betul2 pindah kat rumah satu lg di Nogori Sombilan. So, yang kat Gombak ni transit la sebenarnya sementara tunggu ibu dan ayah pencen =). 

Kalau nak diikutkan, famili sy ni memang suka pindah rumah. Berhijrah. Bukan main. Semenjak saya lahir ada la dalam 5 kali pindah rumah Tamanbonda-kubugajah-kubugajahlagi-alamdamai-sritioman. So rumah sy yg paling terkini adalah di sri tioman. Sangat enjoy tinggal sini. Dekat dengan masjid. Terlampau dekat. Pemandangan yang cantik dan sangat tinggi. Ramai foreigner, which makes me feel like in Somalia or Gambia. pui. Abaraka!

Masjid Salehuddin Al ayubi di waktu malam....malam Ramadhan =)

Tym siang.. subhanallah

HaQiebah2 yang sangat enjoy melihat pemandangan dr tingkat 14 =)

Ada nampak Batu Caves x....haha...Astaghfirullah

Beg ryu nak wat aksi stunt!  Cube usha kotak kat sebelah tuuu

Tadaaa! Mesin jahit tepi yg dibeli oleh ayah 3 hari b4 raya...hee
(muka bahagia)

Putra yg setiap 3 minit akan lalu depan umah...
sapa yg nak datang, boley turun kat TamanMelati ya...
terlampau dekat. Bukan main.

Rasa macam kat gunung fuji pun ada..fuhh Subhanallah

Alhamdulillah.. tu je buat masa ni. So, b4 nak pindah ke tempat lain, baek puaskan hati kat sini dulu kan (in other word, balik rumah slaloo). Lastly, juz nak cakap famili kami ni suka sangat berpindah bukan sebab apa...tapi ada sebab2 tertentu, dan selalunya adalah kerana ingin memperbaiki diri =) Nabi pun pernah berhijrah kan =)..ok salaam... Jumpa di Jogjakarta ya Andrea Hirata (",) hehe

p/s: mintak2 gombak adalah rumah second last aku...ameen

Saturday, 15 September 2012

AKU BUKAN KAKI NOVEL


Assalaamualaikum semua.. Alhamdulillah sem 7 sudah bermula, bermakna aku telah pun berada di Tahun 4 di USIM, the super senior for FiFa student. Alhamdulillah, i've done with most of the orders from fellow friends. Ada beberapa tempahan yang tidak dapat saya siapkan. Insya'Allah saya siapkan secepat yang mungkin.

Berbalik kepada tajuk entriku pada hari ini, yup no doubt....aku bukan seorang kaki novel. Sangat bukan. Sepanjang kehidupanku, aku cuma pernah baca 3 novel, selain novel2 yang perlu dipelajari ketika sekolah dulu. Namun, ketiga2 novel tersebut adalah novel yang sangat ringan, dan sangat tipikal. Aku tidak pernah merasa pengen dan pengen untuk membaca novel2 yang lain, walaupun pada haqiqatnya, sahabat2ku ramai yang kaki novel.

Namun, aku baru sahaja merasakan aura membaca novel setelah membaca novel karya Andrea Hirata yang berjudul Sang Pemimpi. Trima kasih kepada kakakku kerana meminjamkan adindamu ini novel tersebut. Membaca novel ini, membuatkan diriku terasa seperti di Pulau Belitong. Merasai kepayahan Ikal, Arai dan Jimbron dalam mencari wang untuk mengejar mimpi masing2.


The Dreamer


Menghayati gaya hidup orang pedalaman yang kurang kemajuan, tapi itu bukan halangan, kerna sesungguhnya, kemajuan teknologi itu bukanlah penentu kebahagiaan. Mendalami bagaimana rasanya membanggakan ibu dan ayah dengan keputusan pelajaran yang membanggakan, juga membuatkan mereka sedih, hanya kerana kita pesimis terhadap diri sendiri. Juga aku dapat merasai bagaimana sedihnya Arai apabila pengen memberitahu ibu dan ayahnya yang telah tiada, bahawa dia telah diterima masuk ke Universiti Sorbonne. Sungguh aku beruntung masih punya ibu dan ayah.

Usai membaca Sang Pemimpi, aku terus menyambar sebuah lagi novel Andrea Hirata tanpa pengetahuan kakakku...sori ti..hehe...Novel tersebut adalah dwilogi yang mempunyai dua novel sekaligus; Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas. Namun novel ini tidaklah sehebat Sang Pemimpi, bagiku. Namun, ia mengajar aku erti redha dan syukur yang tak dapat dipraktikkan oleh Ikal. Sudah2 lah tu Ikal.. Tapi, aku belum mula membaca Cinta di Dalam Gelas, justeru aku tidak tahu penghabisan cerita ini. (aku tidak reti baca novel secara berterusan sehingga penamat cerita) =)

dwilogi: orang mesti ingat aku baca novel terbalik =)

Apa-apa pun, aku tetap tidak gemar membaca novel jika aku merasakan novel itu tidak mempunyai x-factor. Daripada membaca novel, lebih baik baca buku2 ilmiah dan keagamaan (ni pun aku susah nak baca T_T).

p/s: pengen baca Lasykar Pelangi... the rainbow troops....kak siti??? hehe

Tuesday, 24 July 2012

SELAMAT HARI LAHIR KEMBARKU

Assalaamualaikum semua... Salaam Ramadhan Kareem... Hari ni 5 Ramadhan 1433H =)... Bersamaan 25 Julai 2012. Dengan itu, aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada kembarku...dah 8 tahun dia jadi kembar aku.. (klu dia kembarku, supposedly birthday aku  ari ni gak la kan??)...ouh...tidak...

Disebabkan  muka dia yang sama dengan aku..eh silap...muka aku yang nak serupa dengan dia, menyebabkan ramai tersilap2. Tapi sampai sekarang aku x dapat cari, part mana yang sama dengan dia. Orang yang aku maksudkan ialah SitiNorNaqiyahNordin. Aku admit la Naqi, ko tu putih sikit dari aku yang gelap ni, lagi tinggi dari aku, lagi canteQ dari aku kan..hehe.. Tapi aku redha menjadi ummusalamah yang sebenar (tetibe).

Sambung cerita pasal kembar aku ni, ktorang start kenal time Form 2 ketika aku baru pindah ke Sekolah Agama Menengah Hulu Langat i.e (SAM10). Aku kenal dia time orientasi asrama, aku ingat dia form 1..hehe.. So, time tu (aku kan budak baru), bila aku kenal kawan2 kat situ, ada beberapa orang cakap, "eh,muka ko ni macam budak 2 Muslim tu"..aku pun sangat curious, "uiisy, sapa la muka yang sama dengan aku tu kan??"... Aku ingat lagi, time tu nak pergi DM dewan makan, si Mardhiyah Anuar kata; "tu lah Naqiyah, muka macam ko".

Aku pun terus tengok. Huh?? Budak ni?? Bukan dia Form 1 ke?? Muka macam aku?? X sama puuunn. Memang x sama pun... Tapi kebanyakan orang yang x kenal kami, mereka akan ingat kami orang yang sama. And the best thing, aku ingat, lepas da habis sekolah, da masuk USIM, xdala orang terkeliru lagi. Yang peliknya, si SyafiQah, first time jumpa aku kat USIM, dia kata "muka akak da jadi mcm muka kak naqiyah la"...adooiyy.. Secondly, jumpa kak afiQah yg comel, aku excited jumpa dia, dia pergi tanya aku "nama kamu siapa ek?? Naqiyah ya??"...arrrggghh..tension.. Tapi tu okay lagi, sebab dia senior, yang x boleh bla tu, si Amalina Zainal Alam, yang sampai sekarang masih xtau nama aku agaknya.. Dah dua kali terserempak dengan dia, baru dia nak tanya, "akak, akak ni k.naqiyah kan??"...aku terus buat muka.."eh silap... kak zaqiyah".... Ya Allah sesedap oren je dia tukar nama aku kan...xpela cik amalina uuuiiii... Yang penting aku tau rahsia koooo...hehehe

Walau bagaimanapun, disebabkan muka kita yang sama tu lah, kita jadi rapat kan naqi.. and sebab da terlampau rapat, sampai gaduh pulak. Apa2 pun. naqi, aku nak minta maaf ek salah silap...aku tahu, aku banyak guriskan hati ko... maaf banyak2 ya..soliee maa... And terima kaseh sebab selalu sangat dengar cerita aku and nasihatkan aku... So, selamat hari lahir skali lagi... By the way, aku dah pindah gombak tau.. dekat sangat ngn UIA..hehe.. 

Akhir kata, lagu ini ditujukan kepada engkau sahabatku. Dan x lupa juga kepada NurulFathynHusna yang bufday nya 27hb Julai ni, juga kepada sesiapa yang menyambut hari lahir..ok..itu je..salaam =)



                                     
p/s: nasiminyaknasiminyaknasiminyak =)....baru aku perasan, aku xda gambar ngn ko la naqia...time sekolah pun xda..huhu...1 more thing, ko kata nak tempah haQiebah ngn aku kan...aku x jumpa lagi kain corak CONAN yang ko nak tu..hmm..lambat lagi la nampaknya nak siap... ^_^

Thursday, 5 July 2012

I.N.T.E.G.R.I.T.I

Assalaamualaikum sahabat2...setelah sy menjalani kursus mutawif selama 6 hari di FKP, rasa untuk menunaikan haji dan umrah dengan kadar segera semakin membuak2. Perkara yang tidak dapat dinafikan dalam kursus ini, hanya satu, 'slot Ustaz Lokman adalah yang paling best dan bermakna'...its merely my opinion. Okay, lets start our business here....ada la beberapa orang junior yang turut join kursus mutawif tu, nak tahu harga2 beg yg ditawarkan oleh ummuhaQiebah ni kan.... So, post kali ni ditujukan kepada Cik Seri Syuhada =)

Justeru, saya nak tunjukkan antara design2 yang ditawarkan and their details. Tapi, harga yang tertera adalah harga basic... Jika nak tambah accessories, akan bertambah lah harganya.. Tapi x banyak, sikit jer.. Nama2 yang tertera pada haqiebah2 dibawah adalah untuk memudahkan urusan pemilihan dan pengenalpastian (mcm ayat mutawif je..haha) 

Dan sebenarnya, penjenamaan tu, saya nak letak -ummuaiman-ummuhanie-ummukauthar-ummukhayr-ummusulaim-...tapi saya buang 'ummu' tu, sebab nanti orang cakap P.O.Y.O pulak kan..hehe..So, kalau ada sesiapa nama dia tertera kat bawah ni, x perlu perasan tau...especially aiman..haha...ok lets take a loOk...















Ok..itu saja dulu buat masa ni..by the way, gambar2 diatas, dibuat menggunakan adobe photoshop yang diajar oleh cikguzulhilmi dan classmates2 yang lain... =) trima kasih semua...

Saturday, 23 June 2012

........




haqiebah-haqiebah itu memanggil aku...huhu...ada 3 payperr lagi..sabar mu sabar... siapkan kerja2 yg tertunggak tu dulu...pastu baru boleh balik rumah, siapkan haqaieb, siapkan baju raya..hehe...puasa pun belum..

Allahuma barik lana fie Rejab wa Shaaban, wa balighna Ramadhan...insya'Allah =)

Tuesday, 19 June 2012

BILA MOOD ITU TIADA

Assalaamualaikum...walaupun esok ada exam fiQh Qada', sempat lagi kan nak menghupdate belog. Biasalah, bila mood nak megulang kaji itu takda, baca apa pun tak masuk..astaghfirulLah.. i mean, sebab sekarang ni ba3da asar, justeru, waktunya kurang sesuai untuk mengulang... yeke?? xpe2, aku ambil masa sekejap je..

Kali ini just nak kongsi beberapa blog yg ummuhaQiebah suka sangat tengok dan baca. Saya suka sangat surf  blog2 crafter, mestilah kan, sbb saya pun ada minat yang sama dengan crafters tu. Kadang2 rasa cemburu dengan blog2 yang sangat menarik dan ramai followers.. Tapi nak buat macam mana, i'm only a beginner. Takpe ummu! we'll go step by step, insya'Allah. So, here it is.....

                                                         syasyacreative
                                 


                                                        rozisneedlework
                                  


                                                        cahayaixoras
                                  


                                                          fabricfanatics
                                   


Kadang2 teringin sangat nak ada a very strong networking dengan mereka2 yang ada 'empayar' sendiri dalam dunia craft, handmade and homemade stuff. Tapi masalahnya, majoriti orang yg minat menjahit ni, adalah golongan pertengahan dimana saya bawah sikit dari golongan tu. hehe. kebanyakan mereka adalah makcik2 wanita2 yang sudah berkahwin, mempunyai suami, dan mempunyai anak, mempunyai kerjaya sendiri, mempunyai rumah sendiri dan banyak lagi, dimana sangat berbeza latar kehidupan dengan saya. Rasanya, boleh je nak cuba berkawan, boleh tukar2 pendapat, maybe boleh dapat raw material murah sikit ke kan..

Cuma, saya dapat rasakan yang jadual mereka sangat sibuk dan maybe x sempat pun nak membina network dengan saya. (cuba bayangkan aku keluar dengan mereka, spend masa bersama mereka) ohh..tidak....belum lagi kot. Lagipun saya dah pernah try tanya mereka ni, try nak kenal mereka, tapi mereka tidak punya masa untuk layan dan jawab soalan2 saya yang x matang ni..maybe...orait then..

ok itu je..jom study mu! fiQh Qada'!! tunggu! salaam =)