Alhamdulillah hari ini 28 Mei 2013, aku sepatutnya dah boleh cuti di rumah, khidmat ibu dan ayah. Tapi aku memilih untuk menghitung hari di ITQAN.. puii!... Untuk aku siapkan kerja2 tertunggak di maktabah. Aku harap maktabah dah boleh buka lepas cuti sekolah nanti. Macam tak je. Selain itu juga, aku ingin menyiapkan final report laporan akhir praktikal aku disini. Dan sebenarnya memang tengah siapkan dibantu oleh CC Faizah, sebab kena selongkar sejarah ITQAN. Aku tak tahu sama ada aku sedang menulis laporan akhir atau menulis bloG. Kerna sesungguhnya aku dapat merasakan menulis laporan akhir ni, keterujaannya sama seperti menulis bloG. Mungkin sebab banyak kenangan best disini, Bezanya cuma bloG ku xdak sapa nak baca, tapi LAPORAN AKHIR akan diTELITI oleh Sir Syed Najib. Tidakkah begitu? Dan ia akan dinilai...fuHH.
Justeru, aku harap dapat buat yang terbaik termasuklah pebentangan nanti!. Salah satu item yang perlu diletakkan dalam laporan akhir tersebut adalah "KNOWLEDGE AND SKILLS THAT HAVE BEEN ACQUIRED". Thus, di bawah ni adalah sedikit sebanyak ilmu dan kemahiran yang aku dapat sepanjang di ITQAN: =)
ILMU menyusun barang2 menjahit agar kemas, sebab kotak yg pink dan laci yg jalur2 tu adalah hadiah "cabutan bertuah" ketika Karnival Sukan ITQAN 2013 |
ini boleh laa dikatakan kemas |
KEMAHIRAN entertain anak2 yg bijak pandai dari kiri: Putri, Khollad, Khaulah, KhalaF, Aidan n Nana |
ILMU bermain bola jaring yang ditinggalkan sejak 12 tahun yang lalu. Tak sangka ada rezqi lg, jadik GA lak tu.. Untuk Perhatian: Haizum Hamzah |
ILMU mengahfal Al-Quran... Kalau aku x grab ilmu ni kat sini, sangattlah rugi |
KEMAHIRAN menghadapi S.A... secret admire lahh sangaatt kan Kak Mar. |
KEMAHIRAN membalas ucapan Selamat Hari Guru. =D |
ILMU untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar2ku terima kasihh Tahfiz 4 |
Ustazah yg senget+cikgu rozi yg extremely tebaikk + 30 org pelajar tahfiz 4 yg x bpe jurus (klu loghat n9 ia akn jadi JUGHUIH) |
KEMAHIRAN menghabiskan makanan ketika hati diruntun kesedihan gara2 terharuuu |
=) |
KEMAHIRAN memotong kek American Chocolate yang dipilih oleh Cikgu Mona =) |
ILMU meronda2 ITQAN pada hari terakhir disini, menaiki van ITQAN..haha |
KEMAHIRAN menunggu untuk mengambil duit gaji, walaupun takda gaji lagi dari kiri: kak siti, kak mar, kerol, p.cik yg tgh amik duet, mesin atm |
ILMU membelek isu semasa |
ILMU menghormati setiap hubungan kita dengan sesiapapun. Hatta sesiapapun |
Moga segala apa yang aku dapat disini dapat menambah kematangan aku untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. =D.