CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 28 May 2013

MODE: MEMBUAT FINAL REPORT DI ITQAN

Alhamdulillah hari ini 28 Mei 2013, aku sepatutnya dah boleh cuti di rumah, khidmat ibu dan ayah. Tapi aku memilih untuk menghitung hari di ITQAN.. puii!... Untuk aku siapkan kerja2 tertunggak di maktabah. Aku harap maktabah dah boleh buka lepas cuti sekolah nanti. Macam tak je.  Selain itu juga, aku ingin menyiapkan final report laporan akhir praktikal aku disini. Dan sebenarnya memang tengah siapkan dibantu oleh CC Faizah, sebab kena selongkar sejarah ITQAN. Aku tak tahu sama ada aku sedang menulis laporan akhir atau menulis bloG. Kerna sesungguhnya aku dapat merasakan menulis laporan akhir ni, keterujaannya sama seperti menulis bloG. Mungkin sebab banyak kenangan best disini, Bezanya cuma bloG ku xdak sapa nak baca, tapi LAPORAN AKHIR akan diTELITI oleh Sir Syed Najib. Tidakkah begitu? Dan ia akan dinilai...fuHH.

Justeru, aku harap dapat buat yang terbaik termasuklah pebentangan nanti!. Salah satu item yang perlu diletakkan dalam laporan akhir tersebut adalah "KNOWLEDGE AND SKILLS THAT HAVE BEEN ACQUIRED". Thus, di bawah ni adalah sedikit sebanyak ilmu dan kemahiran yang aku dapat sepanjang di ITQAN: =)

ILMU menyusun barang2 menjahit agar kemas, sebab kotak yg pink dan laci yg jalur2 tu
adalah hadiah "cabutan bertuah"
ketika Karnival Sukan ITQAN 2013

ini boleh laa dikatakan kemas

KEMAHIRAN entertain anak2 yg bijak pandai
dari kiri: Putri, Khollad, Khaulah, KhalaF, Aidan n Nana

KEMAHIRAN MEMBACA sebab sepanjang hidup aku, ini adalah kali pertama aku pergi Pesta Buku PWTC, wlupun dah 13 tahun tinggal di Selangor, 10 tahun tinggal di KL. Sebabnya, aku tak suka tempat orang ramai. Serabut. Nasib ko la mu, kena pergi Pesta Buku dengan pelajar2.. anyhow, banyak jugak buku aku beli.. 10 books= 1 is for my cousin+ 3 of them for my mother+ 2 novels for my brother+ 4 of them for meee... 

ILMU bermain bola jaring yang ditinggalkan sejak 12 tahun yang lalu.
Tak sangka ada rezqi lg, jadik GA lak tu..
 Untuk Perhatian: Haizum Hamzah


ILMU mengahfal Al-Quran...
 Kalau aku x grab ilmu ni kat sini, sangattlah rugi

KEMAHIRAN menghadapi S.A...
secret admire lahh sangaatt kan Kak Mar.

KEMAHIRAN membalas ucapan Selamat Hari Guru. =D

ILMU untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar2ku
terima kasihh Tahfiz 4
Ustazah yg senget+cikgu rozi yg extremely tebaikk
+ 30 org pelajar tahfiz 4 yg x bpe jurus (klu loghat n9 ia akn jadi JUGHUIH)
                                   
KEMAHIRAN menghabiskan makanan
ketika hati diruntun kesedihan gara2 terharuuu

=)

KEMAHIRAN memotong kek American Chocolate
 yang dipilih oleh Cikgu Mona =)

ILMU meronda2 ITQAN pada hari terakhir disini, menaiki van ITQAN..haha

KEMAHIRAN menunggu untuk mengambil duit gaji,
walaupun takda gaji lagi
dari kiri: kak siti, kak mar, kerol, p.cik yg tgh amik duet, mesin atm

ILMU membelek isu semasa

ILMU menghormati setiap hubungan kita dengan sesiapapun.
 Hatta sesiapapun

Moga segala apa yang aku dapat disini dapat menambah kematangan aku untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. =D.

Friday, 3 May 2013

DI ITQAN KAH AKU?

Assalaamualaikum...dah lamo bonar tak update beloG ni. Eh, terkeluar accent nogori sombilan plak. Kek n9 ko den skarang ni?... AlhamduliLLah, family aku sudah pun berpindah ke Tampin, N9 secara official nya pada Januari 2013 yang lalu. Selamat tinggal Cheras! Lastu al-cherasiyy al-an, lakinnani akunu al-tampiniyy.. it sounds weirD.

Sebenarnya tak tau nak tulis apa. Mungkin nak kongsi sikit, kehidupan aku sebagai pelajar praktikal. Aku dah habis blajar di USIM (yekerr), dan skarang sedang menjalani praktikum di ITQAN. Apakah itu?? It stands for Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan at Gemencheh! Institut tu! Pada haqiqatnya, sudah lama aku mengenali ITQAN, sejak aku Tingkatan Empat lagi, ketika kakak sepupuku K. UmmuHani belajar di institut ini. Tetapi, tiada cerita menarik yang boleh aku kongsikan tentang institut ini. Namun, setelah hampir 3 bulan aku "berpraktikal" kat sini, banyak yang aku belajar. Terlampau banyak. Bukan main. Aku datang ke sini sebagai tenaga pengajar dan pada masa yang sama menjadi seorang pelajar.

ITQAN yg dilindungi kabush

subhanaLLah

jalan menuju ITQANAN, from inside of WMS..heh

Secara jujurnya, aku gembira bekerja disini kerana tidak dibuli. Alhamdulillah, aku diberi tugas untuk mengajar subjek Pendidikan Syariah Islamiyah (fuhh) untuk Tahfiz 4. Pelajarku ada 30 orang jerr. Aku tak tau apa pandangan mereka terhadap aku. Aku mengaku kadang2 aku meninggikan suara terhadap mereka atas perkara2 kecil. Tapi bagiku, dengan perkara2 kecil itulah akan mempengaruhi perkara2 yang besar. So, kepada pelajar2 saya, Ustazah mintak maaF naa.

Selain mengajar, aku diberi tugas menjaga perpustakaan. Aku pun tak tau, aku jaga perpustakaan Darul Qurra' ni ke atau aku jadikannya bilik persendirian aku!..huwa2...sory kak ika.. Buat masa ni maktabah ditutup untuk pelajar, sebab tengah kemas2, susun2, update2. Jadi, minta maaf kepada pelajar2 ITQAN yang rajin membaca, sebab tak dapat masuk maktabah. Mungkin lepas ustazah pergi, baru bukak kot...hehe.

maktabah

ngeh2.. musketeer 004
And my favourite part, of course pasal haQiebah aggain. Masa awal2 masuk dulu, i feel a lil' bit reluctant to tell my colleagues that I have a business of making bags. Sebabnya, dulu takda masa, sibuk siapkan tempahan2 yang tertangguh. Alhamdulillah, bila dah lama sikit duk kat ITQAN ni, aku cerita kepada cikgu2 n staff2 perempuan (of course) yang aku kadang2 balik rumah awal sebab nak menjahit. and Alhamdulillah, bisnezku mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan cikgu2 yg sporting disini. Ini gambar2 haQiebah di ITQAN siri pertama:

=)

(=

^_^

^_~

cikgu liza's

cikgu liza's

cikgu liza's aggain

ustazah atikah's, utk Qisty =)

utk Putri

cikgu mona's, utk Solehah

ada gaJah oRen yg cOmeL
 (inspired by souvenier from thailand =D)

cikgu mona's

ustazah tini's, utk nafeesah n muhammad =)
Terima kaseh atas model2 beg yang tidak berbayar, dan terima kasih atas  tajaan lokasi a.k.a rumah cikgu RoziAna =). Dan skarang aku sedang berusaha menyiapkan tempahan di ITQAN siri yang kedua =) moga dapat bertahan!

Last but not least, gambar dibawah ni, adalah meja aku di bilik guru perempuan. Bajet kann. Time kerja pun nak menjahit jugak. haha. Ok, it is part of my task, dan task tersebut ialah menjahit tepi bendera rumah sukan untuk dicucukkan kayu bendera sempena Karnival Sukan ITQAN 2o13.. huwaaa.. ini pun aku yang kena buat..(aku sebenarnya jadi s/u..haha)... apa2 pun, aku sangat ENJOY..hik2...terima kasih kepada cikgu habibah atas tajaan mesin jahit...ok jumpa lagi! ingat Allah sentiasa =)


p/s: semoga dapat buat yang terbaik! SV aku a.k.a Sir Najib nak datang khamis depan..Rabbie yassir wala tu3assir.

Tuesday, 22 January 2013

KISAH 21 JANUARI.....KU

Assalaamualaikum..lama dah tak menulis benda2 mengarut...dan hari ni, 22/01/13, aku nak bercerita tentang kisah 21 januari ku sepanjang aku berada di bumi USIM. =)

Pernah ku ceritakan kepada seorang sahabatku, aku sangat tidak suka bila 21 Januari tiba. Sangat tidak suka. Sungguh. Kerna pada tarikh inilah ibuku melahirkanku pd 23 tahun yang lalu. Sahabatku itu sangat pelik lalu menanyakan sebab dan alasanku....kisahnya bermula begini, ketika aku sudah masuk tamhidi USIM:

-------------------
21 Januari 2009

Ketika tamhidi ini, masing2 baru mengenali diri masing2...baru tahu birthday bila, suka makan apa, suka dengar lagu apa dan lain2 lagi.... dan takdirku berada bersama2 group 1 tamhidi, menyebabkan aku tidak berapa gemar bila hari lahirku semakin hampir....yaaaa...aku tahu konspirasi kamu semua...sangat tak boleh blah... Afdzal selaku ketua kelas ketika itu, buat annoucement "hari ni kelas english Sir Raimizar cancel, sir ada kerja"..okay, semua orang happy!!!.... 

Beberapa ketika selepas itu, Afdzal buat announcement skali lagi, kelas Sir Raimizar ada pulak petang ni! and aku terkejut lah, apsal plak kejap takda, kejap ada....dan lagi pelik, budak2 lain tak mengeluh langsung! btol ke kawan2 aku ni??? aku dah start curious, tp teruskan je lah kan...and after zohor till asar, aku setia bersama Syuhada Dahlia =)....sebabnya?? sebabnya dia ditugaskan untuk menjaga aku supaya rahsia mereka tidak terbongkar....arrrggghh...aku tidak sukakannya.....

Selepas solat asar di surau FSU, kami bersiap2 untuk ke kelas, then syu said that her purse is missing... in my mind, "its dat true syu?????"...tapi aku pun percaya je la cakap syu, buat2lah tolong carikkan purse dia yang hilang, disertai dengan syak wasangka didalam hati..haha..then, aku tak ingat jumpa ke tidaknya purse dia yang "hilang" tu kan....

Kami terus ke kelas, dan aku masih ingat kat DKF 1.6 kan...semua orang dah datang kelas, dan semua senyap...interesting! amazing! semua orang buat kerja..then Afdzal pun buat announcement skali lagi, Sir masuk lambat sikit, sir suruh buat karangan tentang Syariah and something like that...bingo! time tu aku dah tahu kome2 ni mesti nak menipu aku nya...takpe2..aku ikut jer

Then, suddenly, Wani and Wyda (both of them not in USIM anymore) nak tutup lampu, tapi tak jadik..ha!ha!ha!...then dua orang uncle ni, Farid Hadhari and Syahril masuk ikut pintu depan, and all of the student start to sing that old song " Allah selamatkan kamu" sila nyanyi slow2....ok that's it!!!

Actually aku bukan x suka korang sambut birthday aku wahai fellow friends...its just that, aku tak suka korang plan sesuatu behind my back, then cakap sorok2 and what not...n aku rasa x selesa...by the way, sapa x suka makan kek kan??

Sangat2 terima kasih kpd sahabat2 group 1 ku, sampai bila2 takkan pernah kulupa
Liza-Hafidza-Nabilah-Anis-Raihan-Hanan-Ummu-Sufi-Syuhada-NabilaHuda-Wahida-Zawani-Ainul-Hidayah-Hakimi-Farid-Syahril-Pok JaQ-Afdzal-Azizi...ada yang tertinggal ke?? macam tak je....so that was the FIRST!

-------------------
21 Januari 2010

Bila naik tahun 1, I didn't expect that the group 1 tamhidi is planning the same thing when we were in tamhidi..yelaa..masing2 dah berpisah kelas.... tibe2 aku dapat 1 berita, si Farid Hadhari nak buat reunion group 1 tamhidi, tp the date was 20/01 (bufday sapa dya neh)-mcm poyo belum keluar usim lagi dah buat reunion..haha...then takdala aku nak pikir apa2 kan

Gigihlah pegi kat satu kelas kat FSU ni, nak reunion kan, excited lah...so, event tu belum start lagi, I got an SMS from the very roommate at the very beginning-H.A.I.Z.U.M- the sms was,

"ummu, tahniah, sambut bufday dgn group 1 ko!!!"...aku pun reply;

"eh, mana ada sambut bufday aku, ktorang buat reunion lah"....and the haizum pun terkedu..dia pecahkan rahsia ituuuuuu..haha

Tapi aku memang tak sangka la, boleh pulak korang sorokkan kek di sebalik makanan2 yang lain kan...aduuuiii, terkena lagi aku!...tapi takpe, kek again, makan jgn tak makan

*sebenanya sambut skali bufday nabilahuda 18 jan, aku je yang lebih2..haha

Tapi itu dengan budak group 1 tamhidi, tak masuk lagi yg si Haizum and rakan2 sekelas aku tym tahun 1 plan kan???? Tym kat nilam, jiran sebelah2 rumah, rasa nak pecahkan je dinding nilam tu... they was Ummu-Ana@Ibu-Haizum-Zaty....and the masterplan, mestilah haizum kan...entah sama je korang ni, semua nak plan..

At the time I celebrate 'the reunion' with group 1 tamhidi, I got sms from Ana too,

"eh, korang, jumaat ni sambut bufday ummu nak".....konon2 tersalah send lah kan...konon2..then aku reply;

"korang jangan mengarut naa...xdanya nak celebrate2, jumaat ni aku balik rumah. Noktah!" (over)

Mesti time tu korang dah gelak2 kat aku kan..hmmmm..nasib akulah..haha...then, malam tu aku dah nak terlelap, tiba2 jiran sebelah ketuk pintu, dalam hati aku "korang buat apa malam2 buta kul 12 lebih datang umah ktorang ni??" adui laaaa..... then, there was a cake!!! huh? apa? kek lagi?? rupanya aku dah tertipu lah dengan "sms" yg tersilap send tadi...

By the way, thanx sahabat2 ku....aku gembira...dengan kehadiran froG sebagai hadiah.. terima kasih Haizum-Ana-Zaty-Syira-Fatin-K.Mira-Hawa dan lain2....Bermula saat ini, aku semakin gentar kalau 21 januari itu tiba lagiiiii.....

-------------------                                         
21 Januari 2011

This year, aku telah melakukan sesuatu yang aku pun tak expect. Sangat tak expect. Dan aku minta maaf kepada sahabat2ku. Ketika ini, aku sangat merasakan sangat tidak selamat. Sangat. Dan aku tak tahu apakah plan haizum kali ini, sebab aku lari dari plan tersebut.haha...aku bertindak nekad melarikan diri sebelum apa2 terjadi...maafkan aku semua...aku cuma merasa tidak selesa..bukan tidak suka...

pada tahun 2011 ni, aku n kawan2 ambil subject critical thingking and we are about to create new thing yang memberi manfaat kepada manusia. Then, I supposedly attend my group's meeting, that's it  GREEN BENEVOLENCE (yang menang tu, haha) at 3 p.m after jumaat prayer. 

Sejak, pagi aku rasa tak senang hati...tak selesa..haha...sebab dalam green benevolence ni ada haizum!!!! so she may do something unexpected!! argh i dont want!....aku nekad utk tidak menghadiri meeting tersebut, dan dengan pertolongan kawan sekolahku Atiqah Zulfa yang menghantarku ke ktm, aku langsung terus ke bandar tasik selatan....huhuhuhu

sory Haizum-Zaty-FarhanaMohd-Ibrahim-Faiz-Che'Mat-Ain-Rusydi-FarhanaIsmail for not attending the meeting...tak caya aku balik rumah sehelai sepinggang..

dan sory juga kepada housemate villa mustaqillahku Haizum-Zaty-K.fariza-Mastura-Ana-Raihan-Fid-K.jea-Sakinah yang ingin celebrate bufday aku di pavillion, kata merekalah.

So, after having weekend with my family, n aku balik nilai, housemate aku tanya, "apsal ko balik mu??? tak pernah2 ko balik sehelai sepinggang...ktorang tunggu tau...dah beli kek... sory friends..i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry i'm sorry.
Tapi ianya telah diubati dengan makan pizza sama2 kan?kan?....<kesian mamat yang hantar pizza tu terkejut, lagu Allah selamatkan kamu berkumandang dengan begitu gamat sekali>

-------------------
21 Januari 2012

You know what?? tahun 2012 adalah 21 Januari aku yang paling gembira...sebab ianya jatuh pada cuti semester..yeay...aku tidak perlu lagi gelisah, gundah gulana...habis exam dalam 18 januari camtu kot, esoknya aku dah pulang ke rumah tanpa membuang masa...haha..so, hanya menerima sms dari mereka yang ingat =)

-------------------
21 Januari 2013

This would be my last 21 Januari in USIM. Sebab aku dah tahun 4, lepas ni ada satu sem untuk praktikal...so, dah tua2 ni macam dah tak kesah pun yang ari tu adalah hari jadi aku... Dah 23 kan... Tapi dalam hati ni, ada sekelumit rasa takut, kalau2 mereka2 yang berkenaan plan sesuatu untuk prank aku or what not....yaaa, walaupun exam habis 18hb januari lagi, ktorang masih setia di bumi Nilai untuk memanfaatkan masa yang ada...yeke?? So, this is the most INTERISTING part (how come aku boleh salah eja the word interesting kat postcard Shera??)

21 Januari aku kali ini dipilih sebagai tarikh untuk kami satu kelas TLC1 untuk spend masa pergi rehlah di Melaka...I enjoy this very much friends. Sungguh. So the tentatif was visiting my own house at Tampin-Masjid Al-Azhim-Zoo Melaka-Afomasa-Rumah Fana-Rumah Ella-and also my favourite part, makan2 at Alai- Panjang sangat aku tulis, so kita enjoy those pictures dari Hanan's-Finaz's-Haizums cameras:

tak dan duduk, terus amik pinggan...perjalanan jauh katanya

fellow friends


sorry la paan, rehlah kt jatuh pd birthday aku, bukan birthday ko...haha

tiramisu by hanan =) thanx nan

best friend 

afamosa

bfamosa

never better-merlin..hehe

muka bahagia pulang rumah masing2

Fana's house
rumah ella


ikan bakar and seafood...sodap!

best friend ab initio =)



So, that's all...harap semua enjoy with this entry... dan rasa x selamat pd 21 januari aku sudah pun berakhir sebab haizum and raihan baru je balik haha, n kami buat drama tadi...thanx everyone...

Haizum-Izzati-FarhanaOmar-Raihan-Hanan-Finaz-FarhanaIsmail-Khalilah-Rafeah-Shahirah-Idza-FarhanaMohd-Ain-Liza-Nazihah-Naziha-Hazirah-Sofiah-Atiqah-Athirah-Rusydi-Ibrahim-AbuBaccar-Farhan-Basri-Azizi

p/s: aku x perlukan wishes kalian, apa yang aku perlukan adalah doa kalian =) moga kita semua sentiasa memperbaiki diri kerna bila datangnya hari lahir, itu bermakna tempoh hayat kita makin berkurang....jumpa lagi inshaAllah

Saturday, 12 January 2013

TEMPAHAN DIBUKA




Assalaamualaikum..sesiapa yang berminat untuk menempah beg, sila hubungi saya =)

emel: ummusalamah90@gmail.com
fb: Koleksi Ummu Haqiebah

Yaa katalognya belum di update lagi.. Tapi jika ada yang berkenan di hati, usah malu dan segan..